Jan 25
Rezeki dari Allah
icon1 Acaii Jawe | icon2 Tazkirah | icon4 01 25th, 2012| icon34 Comments »

Bismillahirrahmanirrahim



Semasa balik kampung dalam cuti Tahun Baru Cina yang lepas, aku berjumpa dengan beberapa orang kampung yang menaiki motor buruk ke kebun untuk kerjakan kebun kelapa sawitnya. Mungkin lumrah orang yang hidup di bandar rasa kasihan terhadap orang-orang kampung tersebut. Tapi semasa borak-borak ngan seorang sahabat yang bekerja sepenuh masa memetik kelapa sawit, hakikatnya ekonomi mereka jauh lebih baik dari kebanyakkan orang-orang yang kerja di bandar.

Teaser Kepten Fahmi & Aimi, Semenyih.


Masakan tidak, dengan mengerjakan kebun sawit seluas 6 ekar boleh mendapat hampir 10 tan hasil sawit dalam tempoh 2 minggu. Kalau diterjemahkan kepada ringgit, pendapatan mereka boleh mencecah RM10,000 sebulan. Berapa ramai antara kita dapat pendapatan sebanyak itu? Kalaupun ada, berapa pula kita kena bayar rumah dan kereta setiap bulan selama berpuluh tahun hidup di bandar. Berbanding mereka, ada tanah luas, rumah besar tetapi bayar ansuran bulanan kepada bank RM150 sebulan, kereta dah abis bayar dan banyak masa senggang bersama keluarga. Siapa lebih kaya?

Rezeki ini kerja Allah. Allah boleh memberikannya dengan keberkatan ataupun tidak. Ada yang diberikan rezekinya banyak tetapi hidupnya tidak pernah tenang, hatinya sering gelisah dan rasa kekurangan. Rumah besar tetapi sering takut pencuri merompak hartanya. Ada yang pendapatan sederhana, rumahnya sederhana, tetapi keluarganya bahagia. Hatinya tenang, fikirannya bebas. Itulah ‘rezeki sebenar’ dari Allah. Semoga kita lebih bersyukur dengan rezeki Allah yg diberikan sekarang. Mudah-mudahan Allah tambah keberkatan pada harta kita. Wallahua’lam.



Nota kaki : Tunggu update full entry majlis kat atas ni nanti ye:)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Jan 17
Wedding Awyn & Aus
icon1 Acaii Jawe | icon2 Outdoor, Wedding | icon4 01 17th, 2012| icon310 Comments »

Bismillahirrahmanirrahim

Beautiful Girl (Jose Mari Chan)


Lamanya aku tak update blog ni. Sempena tahun baru 2012 ni banyak juga pertukaran yang berlaku yang melibatkan tanggungjawab baru dalam organisasi aku kerja sekarang. Setiap tahun aku target nak belajar benda baru yang boleh improve skill dalam kerja aku. Mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah.

Dalam masa sama aku juga target nak belajar beberapa bidang agama yang aku masih kurang faham terutama bab hadis. Berusaha perbaiki amalan seharian dan tinggalkan benda yang tidak berfaedah. Kadangkala masalah dan konfrontasi yang berlaku dalam hidup kita hasil dari perkataan dan perbuatan kita sendiri. Kita melibatkan diri dalam perkara yang tidak beri manfaat yang sebenarnya menyusahkan diri kita sendiri.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Awyn & Aus yang dijalankan di Shah Alam baru-baru ni. Ni merupakan majlis terakhir aku pada tahun 2011 yang lepas. Diaorang sebenarnya dah langsungkan majlis pernikahan lebih awal. Jadi aku hanya cover majlis persandingan diaorang sahaja. Baju Awyn & pelamin diaorang sangat cantik :) Layan sedikit majlis tersebut.


Majlis tersebut berlangsung meriah dan tetamu yang datangpun ramai sangat. Sebenarnya awyn ni dah berbadan dua semasa majlis berlangsung. Jadi beliau masih lagi dalam proses awal yang kadangkala cepat penat dan mual. Tapi alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik sehinggalah selesai majlis dan sesi outdoor. Sesi outdoor tu kitorang buat kat tepi Masjid Shah Alam.



Tahniah kepada kedua2 pasangan Awyn & Aus yang dirai ini. Semoga ikatan perkahwinan ini diberkati Allah dapat jadi ibu bapa yang mithali tidak lama lagi,amin. Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Awyn atas layanan dan kerjasama yang baik sepanjang sehari bekerjasama. Mohon maaf kalau ada salah silap. Terima kasih juga kepada sahabat aku Leleq yang jadi pembantu aku sepanjang majlis ini. Aku memang agak bizi di ofis, jadi tak dapat update banyak. Jumpa lagi next entry.



Nota kaki : Aku tak pernah buat promosi ataupun iklan kat mana-mana setakat ni. Tapi pertanyaan tentang pakej wedding yang aku terima memang agak banyak. Pelikpun ada juga sebenarnya,haha. Tapi aku sangat hargai orang yang promote ataupun buat pertanyaan. Terima kasih semua.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Jan 5

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah, kita dah masuk tahun baru 2012. Banyak suka duka yang berlaku pada tahun lepas telah berlalu dan jadi sejarah. Pengalaman hidup juga telah bertambah seiring dengan peningkatan umur kita. Kalau dulu masa kita berumur 17 tahun, kita dah rasa dewasa dan matang, tapi bila fikirkan semula sekarang memang sedar adakalanya kita hanyalah mengikut perasaan dan terpengaruh keadaan persekitaran.

Alhamdulillah aku dah 3 tahun shoot gambar wedding ni. Banyak benda aku belajar dan perbaiki diri. Memandangkan aku hanya freelance aku bersyukur boleh bertahan hasil kepercayaan ramai client2 yang hire aku dihari berbahagia mereka. Aku hargai sangat2. Aku tiada pembantu. Tanggungjawab aku di ofis juga makin besar. Sebenarnya aku mampu hidup dgn pendapatan tersebut sahaja. Memang ada terdetik nak berhenti dari shoot wedding ni tapi fikirkan balik aku memang suka buat benda ni. Takde kerja lain yang best camni:)

Matlamat utama aku bukan keuntungan semata. Lebih kepada kepuasan diri. Sebab tu aku target customer yang sederhana. Dalam masa sama aku boleh perbaiki diri serta berdakwah melalui photography dan blog ni. Aku tidak sempurna. Aku banyak lakukan kesilapan dan kesalahan. Aku percaya aku boleh jadi lebih baik tahun 2012 ni. Terima kasih kepada yang terus percaya hasil kerja aku.

Aku sambung majlis persandingan pasangan Ella & Pea yang diadakan di Dewan MBSA Shah Alam. Ni kali kedua aku shoot kat sini selepas shoot kakak beliau tahun lepas :) Majlis berlangsung meriah. Oleh kerana diaorang adakan majlis awal, ramai sahabat dan kawan2 sekolah, universiti dan tempat kerja yang datang memeriahkan majlis. Layan sikit majlis tersebut.


Sebenarnya rasa seronok juga bekerjasama dengan diaorang ni. Sentiasa ceria je. Ahli keluarga Ella yang lain juga dah memang kenal. Memang senang kerjalah,hehe. Sepanjang majlis tu aku dibantu sahabat aku Zakuan Hassan. Masa sesi outdoor Cot aka Khairul Hafiz pun datang sekali:) Thanks sahabat. Petang tu hujan. Jadi kitaorang terpaksa tunggu hujan berhenti sebelum keluar outdoor. Dapat outdoor kat tepi Tasik Shah Alam.


Tahniah kepada kedua2 pasangan pengantin yang dirai ini. Semoga ikatan perkahwinan ini diberkati Allah dan membawa kedua mereka ke syurga Allah,amin. Terima kasih kepada seluruh ahli keluarga Ella atas layanan dan kerjasama yang baik sepanjang 2 hari bekerjasama. Mohon maaf kalau ada salah silap dan termakan banyak,haha. Tunggu next entry selepas ni ye.


Nota kaki : Aku dah buka tempahan selepas bulan Jun 2012. Tempahan untuk bulan Januari hingga April 2012 telah penuh. Terima kasih atas pertanyaan ye.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Dec 30
Nikah Ella & Pea, Shah Alam
icon1 Acaii Jawe | icon2 Solemnized | icon4 12 30th, 2011| icon33 Comments »

Bismillahirrahmanirrahim



Tinggal beberapa hari lagi tahun 2011 akan melabuhkan tirainya. Banyak suka duka tawa dan tangis yang berlaku sepanjang tahun ni. Ramai juga sahabat yang berubah status dan ada juga yang telah meninggalkan kita selama-lamanya. Itulah bumbu kehidupan. Sebenarnya tak kisahlah berapa umur biologi kita tapi yang lebih penting sejauh mana amalan kita seiring dengan penambahan umur.

Awal tahun 2011 dulu, berapa orang yang sangka mereka akan meninggal dunia tahun ni? Peringatan seperti itu sahaja sudah cukup supaya kita jadi insan lebih baik dan menambahkan amalan harian kita. Mungkin giliran kita pula tahun ni. Kalau terlalu kejar dunia ni memang takkan pernah cukup. Mari kita perbaiki diri. Jaga hubungan dengan Allah dan juga manusia. Tingkatkan akhlak kita. Aku memang byk berbuat dosa. Akulah orang yang perlu buat begitu dahulu.

Aku update pernikahan Ella & Pea yang diadakan di rumah mereka kat Shah Alam baru-baru ni. Sebenarnya aku pernah shoot akak kepada Ella sebelum ni. Adik beradik diaorang ni semua perempuan. Ni lelaki ketiga dalam keluarga mereka selepas ayah dan menantu pertama aritu,hehe. Rasa macam dah kenal rapat je ngan diaorang semua:)


Pea ni datang dari Mentakab, Pahang. Memang ramai family datang dari sana. Memang cabaran juga kepada aku sebab memang tak dapat bergerak langsung sepanjang berlangsung majlis nikah sebab keadaan rumah yang penuh dengan tetamu. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tahniah untuk kedua mempelai yang diraikan. Nantikan full entry majlis bersanding pasangan ni selepas ni ye.Wallahua’lam.


Nota kaki : Peringatan sekali lagi untuk korang bersihkan pendapatan korang dengan berzakat. Boleh bayar secara online kat sini : BAYAR ZAKAT ONLINE



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Dec 27
Belasungkawa : Imam Hj Laiman
icon1 Acaii Jawe | icon2 Personal | icon4 12 27th, 2011| icon32 Comments »

Bismillahirrahmanirrahim


Hj Laiman Kadiran dalam kenangan


Jumaat lepas aku dapat satu berita mengejutkan. Imam kampung aku kembali kerahmatullah akibat stroke. Berita tu beri kesan agak mendalam dalam hati aku sebab arwah memang agak rapat dengan aku. Malah byk juga entry blog aku yang lepas bercerita tentang beliau. Sebenarnya bukan aku sorang, seluruh penduduk kampung aku merasai kesedihan dan kehilangan tersebut.

Tiada lagi suara lunak beliau mengalunkan azan subuh. Rindu bacaan solat beliau yang tertib dan menyentuh hati para makmum. Sikapnya yang ramah dan disenangi semua orang serta sentiasa tersenyum. Kalau dia bawa lori kelapa sawit tu dia akan angkat tangan kepada hampir semua orang kampung yang berselisih dengan beliau.

Ketika majlis pengkebumian, orang yang datang sanggup berjalan lebih 2km sebab terlalu ramai sahabat, penduduk kampung2 sebelah dan saudara mara yang datang memberikan penghormatan terakhir. Tiba-tiba terfikir, kalaulah kita mati kelak bagaimana pula keadaannya. Apa sumbangan kita kepada masyarakat dan agama yang orang nak bercerita? Apa amalan kita yang beri manfaat berpanjangan kepada orang lain?

Aku juga tertanya-tanya. Kalaulah orang yang popular di dunia maya meninggal dunia, adakah ikatan antara mereka sama dengan hubungan ukhuwah orang kampung, jiran2 dan saudara mara yang biasanya telah diabaikan kebanyakkan orang sekarang. Aku tiada jawapan tapi ia sesuatu yang boleh difikirkan. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang soleh yang terlebih dahulu meninggalkan kita. Kematian sebenarnya cukup sebagai peringatan kepada kita yang masih hidup. Wallahua’lam.


Nota kaki : Takziah kepada keluarga sahabat photog yang kembali kerahmatullah juga kelmarin selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ya Allah berikan beliau kerahmatan dan keampunanMu,amin.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Dec 21

Bismillahirrahmanirrahim



Sekarang aku kerja di sebuah institusi zakat. Tapi jujur aku katakan walaupun dulu aku bersekolah di sekolah agama, tapi pengetahuan tentang ibadah zakat ni sangatlah cetek. Malah masa aku masuk sini aku ingat institusi zakat ni hanyalah bertugas untuk kutip zakat fitrah sahaja. Aku ingat kutipan zakat fitrah tu boleh cover fakir miskin di seluruh negara. Pahadal kutipan zakat fitrah sbnrnya tak sampai 5% kutipan keseluruhan zakat. Jahil betul masa tu.

Teaser Ella & Pea, Shah Alam.


Sebenarnya aku nak bagitau, ramai lagi orang macam aku di luar sana. Termasuklah orang yang dipanggil ustaz dan orang akademik. Aku dah banyak kali dengar ceramah agama di masjid-masjid yang memberikan fakta yang salah tentang ibadah zakat. Memang mereka banyak ilmu dalam bidang feqah, tauhid, tasauf, muamalat dsb tetapi ramai yang tidak arif tentang ibadah zakat apatah lagi perjalanan institusi zakat di negara kita.

Ada antara mereka masih lagi mempertikaikan kewajipan zakat pendapatan dan perkara remeh lain yang sebenarnya telah dibincangkan panjang lebar dan diputuskan kewajipannya oleh ulama’ di seluruh dunia. Aku juga pernah menghadiri pembentangan kertas kerja yang sangat mantap dalam satu seminar tentang ekonomi negara. Kagum dengan pembentangnya. Seorang professor dari sebuah universiti tempatan. Tetapi dalam ucapan penutupnya beliau komen tentang institusi zakat yg bagi aku sangat prejudis dan dangkal bagi orang akademik seperti beliau. Beliau menggesa supaya institusi zakat diaudit sebelum orang ramai bayar kepada mereka. Sesuatu yang telahpun dilakukan sejak penubuhan institusi zakat di seluruh Malaysia 15-20 tahun lepas.

Apa yang aku cuba sampaikan, kadangkala batasan ilmu kita terhad terhadap kepakaran dan apa yang kita belajar. Bila orang berpengaruh seperti ustaz dan pensyarah berkata sesuatu yang silap sebab kekurangan maklumat, mereka harus bertanggungjawab terhadap persepsi orang ramai. Contohnya kalau sebab ilmu mereka yang terhad itu mereka menyebarkan sesuatu yang menyebabkan orang tidak membayar zakat, merekalah yang harus menanggung dosa orang tersebut.

Maaf, aku agak emosi kali ni. Sebab sekali lagi aku dengar ceramah agama seperti ini tadi. Dalam era informasi dihujung jari, semua maklumat boleh diperolehi dengan mudah. Masih ada lagi orang yang jadikan modal ceramah benda yang tidak betul. Padahal beliau selalu dilihat reply facebooknya. Untuk akhirnya, jangan sebarkan benda yang kita tidak jelas maklumatnya. Dikhuatiri tanpa sedar kita sebarkan satu fitnah. Kita yang terima maklumat pula kena lebih bijak menapisnya untuk membuktikan kita seorang yang berilmu. Wallahua’lam.





Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe