Assalamualaikum wbt

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog aku ni. Secara ringkasnya aku adalah seorang part-time photographer. Aku kerja di Lembaga Zakat Selangor sebagai Pegawai Sistem Maklumat dah hampir 5 tahun sekarang :) Biasanya aku ambil gambar wedding dan kadangkala ada juga family potraiture dan baby potraiture sekiranya ada permintaan.
Ni sedikit fakta ‘menarik’ (menariklah sangat) tentang aku :
- Nama penuh aku Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim. Tapi member2 panggil Acaii je, mungkin sebab muka aku ada ala2 cina atau pelakon korea, wakakaka, perasan sudah.
- Aku keturunan jawe. Selain boleh bertutur dalam bahasa melayu dan english, aku juga fasih berbahasa jawe :)
- Dulu aku sekolah menengah di sekolah agama. Jadi aku bolehlah faham sikit kalau orang bertutur bahasa arab fushah atau baca tulisan arab sikit2. Tapi kat universiti aku belajar bidang lain di UTM, Skudai sana, hehe.
- Aku berasal dari Banting dan sekarang menetap di Puchong. Oh ya, aku juga dah berumahtanga pertengahan tahun 2009 lepas.
- Tahun 2010 ni merupakan tahun kedua aku amik gambar wedding ni. Tahun 2009 yang lepas alhamdulillah aku dah ambil gambar hampir 30 orang pasangan dan hasilkan dekat 50 buah album pelbagai jenis. Terima kasih semua atas sokongan.
- Aku merupakan self-taught photographer. Aku banyak belajar dari majalah, internet disamping kawan-kawan photographer yang lain. Aku percaya dengan minat mendalam dalam bidang ni dan sentiasa memperbaiki kemahiran aku dalam bidang ni akan dapat membantu aku hasilkan gambar-gambar terbaik untuk semua client aku.
- Aku sangat2 suka dengan apa yang aku buat sekarang walaupun kekadang memang tak cukup rehat dan tido, hehe. Aku suka berjumpa dan berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru dikalangan client.
- Bila ada kelapangan aku memang suka main futsal, bola sepak dan bola sepak. Eh sampai 2 kali. Memang aku gila bolalah senang cerita, hehe. Team aku Chelsea yang aku support sejak sekolah menengah dulu. Dari tahun 1996.
- Buat masa ni aku gunakan kamera Nikon untuk shoot semua job aku. Walaupun bukan yang high end kamera tapi aku tak jadikan itu alasan untuk membataskan kreativiti aku untuk ambil gambar. Aku akan cuba push to limit menggunakan gear yang aku ada.
Insyaallah aku akan buat yang terbaik sekiranya diberikan tanggungjawab pada hari bersejarah korang semua. Sekiranya berminat dengan hasil kerja aku, boleh hubungi aku melalui form yang ada. Insyaallah aku akan respond secepat mungkin. Kita boleh jumpa untuk lihat sample album dan berbincang tentang pakej yang sesuai dengan budget korang semua :)
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com